Maksud Mimpi : Melihat Kematian : Tafsir Mimpi Menurut Islam




Di sini disenaraikan beberapa maksud mimpi yang berkaitan
dengan kematian. Admin berharap anda dapat mengambil pengajaran dan iktibar
daripadanya.



1)  Melihat
seolah-olah bersahabat dengan orang mati
: Akan pergi merantau jauh dan di sana
anda akan mendapat kebaikan/ kesenangan  yang banyak.


2)  Bermimpi makan
bersama orang-orang mati
:  Mempunyai
umur yang panjang ( umur yang dipenuhi dengan amal soleh ).


3) Melihat pemimpin mati : Anda akan digulingkan ataupun
dipecat daripada jawatan / tugas anda


4) Mimpi meratap : Sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat
di tempat dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak
baik di tempat itu yang menyebabkan ahlinya / rakyatnya bercerai-berai.


5) Melihat seolah-olah seseorang berkata kepada seseorang, “Si Polan meninggal dunia” : Orang yang memberitahu berita tersebut akan
ditimpa kesusahan (dengan izin Allah ).


 6) Jika orang hamil
bermimpi mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap
: Akan mendapat anak
lelaki dan dia akan bergembira.


7) Bermimpi mati, lalu dimandikan dan dikafankan : Selamat
masalah keduniaan tetapi rosak agama.


8) Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Melihat mati dalam mimpi
adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat
seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa
kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud :


Mereka berkata: ‘Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan
kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali,
lalu kami mengakui dosa-dosa
kami.
"   

                                                
                                                          (Surah
al-Mukmin ayat 11)


9) Melihat seolah-olah anda mati tanpa didahului sesuatu
penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian
: Umur anda masih panjang.
Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya.
Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk
selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.


10) Melihat imam (pemimpin negeri /negara) mati : Akan
terjadi bencana di negeri / negara 
tersebut, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu
negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.


11) Bermimpi menjumpai mayat : Anda akan mendapat harta.


12) Datang kepada anda berita kematian seseorang : Akan
sampai berita kepada anda tentang kerosakan agama dan masalah keduniaan
meningkat.


13) Mimpi anak mati : Terlepas daripada ancaman / gangguan
musuh


14) Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati
menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati
menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan
terjadilah perpisahan.


15) Mimpi menangis : Ada tafsiran daripada Ibnu Sirin
mengatakan bahawa : "Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang
menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian
tidak baik mimpinya. Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang
yang dikenalnya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi
musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya.”

    Menurut pakar perubatan Islam- Ust. Sharhan Shafie, sekiranya anda menangis / ketawa semasa tidur (bukan dalam mimpi ), ini bermakna anda telah diganggu oleh jin. 


16) Melihat seolah-olah anda berada di tengah-tengah kumpulan
orang-orang yang sudah mati
: Anda berada di tengah-tengah orang munafik,
ertinya anda menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak
mengendahkan suruhan itu.



PERINGATAN : Tafsiran ini hanyalah panduan kepada anda. Anda dinasihatkan supaya tidak mempercayainya 100% kerana ia adalah hasil kajian para ulama’ dan ahli tafsir mimpi sahaja. Semua perkara yang telah dan akan berlaku kepada anda adalah di bawah kekuasaan Allah, Yang Maha Pencipta dan Pentadbir Sekalian Alam.



LikeTweet