Etika Mentafsir Mimpi : Tafsir Mimpi Menurut Islam



Dalam mentafsir mimpi, seseorang perlu mematuhi beberapa
etika agar peratus ketepatan tafsiran tersebut tinggi.


1-  Jika seseorang
menceritakan mimpi kepada anda, kemudian katakanlah, "Aku rasa, mimpi itu
mempunyai maksud yang baik."


2- Hendaklah mentafsir mimpi dengan cara yang paling baik.
Diriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda, "Mimpi akan terjadi sebagaimana ia
ditakwilkan (ditafsirkan )
." 

Juga diriwayatkan bahawa baginda bersabda, "Mimpi
itu bagaikan kaki yang menggantung selama belum diungkapkan. Jika telah diungkapkan,
maka terjadilah.
" -Hadith yang disebut dalam as-Silsilah ash-Shahihah.


3- Menilai mimpi dengan baik, kemudian menjawab si penanya
dengan jawapan yang mudah difahami.


4- Jangan tergesa-gesa mentafsir mimpi. Lakukanlah dengan
hati-hati.


5- Menyembunyikan mimpi dan tidak menyebarkannya sebab ia
merupakan amanah.


6- Jangan menakwilkan mimpi ketika matahari terbit, ketika tergelincir,
dan ketika terbenam kerana waktu ini syaitan sedang berkeliaran ( dibimbangi
tafsiran mimpi itu dipengaruhi oleh syaitan )


7- Merenungkan mimpi yang dikemukakan kepada anda. Jika mimpi
itu baik, maka tafsirkanlah dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang
tersebut. Jika mimpi itu buruk, maka janganlah menakwillkannya  atau takwilkanlah bahagian mimpi yang maksudnya
paling baik. Jika sebahagian mimpi itu merupakan kebaikan dan sebahagian lagi
keburukan,maka bandingkanlah keduanya, lalu ambillah mimpi yang paling tepat
dan paling kuat pokoknya ( tafsirannya).


8- Jika pentafsir mimpi mengalami kesulitan, bertanyalah
kepada orang yang  bermimpi mengenai
namanya, lalu takwilkannya berdasarkan namanya itu.


9- Rujuk kisah-kisah nabi dan rasul serta hadith Nabi
Muhammad S.A.W  mengenai mimpi bagi
mendapatkan tafsiran yang terbaik.


LikeTweet