Apa Itu Mimpi? : Tafsir Mimpi Menurut Islam




Secara umumnya, mimpi boleh ditakrifkan sebagai 
gambaran yang dilihat ketika seseorang sedang tidur, pengsan, mabuk,
nazak dan sebagainya, dengan syarat fizikalnya dalam keadaan separuh sedar.


Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa mimpi berlaku apabila
roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah
roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang
bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk',tetapi  masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab
itulah orang tidur masih bernafas. – Perkara ini tidak boleh dibuktikan
kesahihannya kerana tiada nas daripada Al-Quran dan Hadith yang menyebut
tentangnya.


Jenis- jenis Mimpi

Menurut ahli-ahli takbir, mimpi dapat dibahagikan kepada
tiga jenis:


1. Mimpi daripada Allah S.W.T. iaitu mimpi yang baik untuk
dunia dan akhirat, merupakan khabar gembira atau satu peringatan daripada Allah
S.W.T. supaya melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.


2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang
tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi
itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti
ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil. Atau mimpi
buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan mala petaka, permusuhan,
kesedihan, dan sebagainya.


3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga,
iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini
terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia
khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.
Atau mimpi makan ketika diri sedang lapar, mimpi dianiayai orang ketika sedang
sakit dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai maksud sama sekali.


Dalil :

Dari Muhammad ibnul-Mughirah, dari Makki bin Ibrahim, dari
Hisyam bin Hasan, dari Muhammad bin Sirin, dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah
bersabda,


"Jika masa semakin dekat, mimpi seorang muslim nyaris tidak
pernah dusta. Muslim yang paling benar mimpinya adalah yang paling jujur
perkataannya. Mimpi seorang mukmin merupakan satu bahagian dari 46 bahagian
kenabian. Mimpi ada tiga jenis: mimpi yang baik sebagai berita gembira dari
Allah 'azza wa jalla, mimpi seorang muslim yang dialami oleh dirinya sendiri,
dan mimpi sedih yang berasal dari syaitan. Jika seorang di antara kamu
mengalami mimpi yang tidak disukai, janganlah menceritakannya kepada orang
lain, bangunlah, kemudian solatlah.
 “

                                                                                                                   (Muttafaq 'alaih)


Kejadian Mimpi Menurut Teori Minda Separa Sedar

Mimpi merupakan satu kod mesej berbentuk gambaran yang
disampaikan oleh minda separa sedar kepada minda sedar. Mesej ini merupakan
satu penyelesaian ataupun jawapan terhadap masalah yang dihadapi oleh seseorang
individu semasa sedar. 

Sebagai contoh, 
seorang lelaki bernama  Aiman
menghadapi masalah perhubungan dengan tunangnya, Yasmine. Aiman berfikir
sepanjang hari tentang cara menyelesaikan masalah tersebut sehinggalah dia
tertidur.Apabila  tersedar, dia mendapat
idea untuk menyelesaikan masalahnya setelah bermimpi berbual dengan kakak
Yasmine.


Penjelasan


Seperti yang diketahui umum, minda terbahagi kepada dua -
minda sedar dan separa sedar. Apabila Aiman berfikir tentang masalahnya, minda
sedar akan berusaha sehabis mungkin untuk mencari penyelesaiannya. Namun, apabila
dia tertidur, minda sedarnya menjadi kurang aktif menyebabkan proses berfikir
terbantut .


Pada ketika inilah, minda separa sedar  mengambil alih tugas minda sedar untuk mencari
penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Setelah menemui  jawapannya, bahagian tersebut akan menghantar
kod-kod tertentu kepada minda sedar untuk memberitahu 'penemuannya' . Pada masa
inilah mimpi terjadi. Kebiasaanya, mimpi yang dialami mempunyai perkaitan yang
agak rapat dengan masalah yang dihadapi. Dalam kes  ini , Aiman bermimpi berbual dengan seseorang  yang relate dengan masalahnya, iaitu kakak
Yasmine.


–> Teori minda separa sedar agak susah untuk dijelaskan
dalam beberapa perenggan sahaja. Oleh itu,  Admin telah berusaha sebaik mungkin untuk
meringkaskan teori  ini supaya dapat
difahami oleh semua pembaca.Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan,  boleh kemukakannya di ruangan komen ataupun
di timeline Admin. Anda juga disaran untuk membuat kajian untuk memahami  topik ini  
<–


KESIMPULAN


1- Mimpi merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada
Allah kepada manusia. 

2- Mimpi bukanlah permainan tidur seperti yang diaanggap oleh sesetengah orang
kerana Yang

     Maha Pencipta tidak mencipta sesuatu
yang sia-sia apatah lagi permainan untuk manusia .

    

     Firman Allah :

    
"Tidak aku jadikan manusia dan jin selain untuk beribadat kepadaku."

                                                                                                                        
  (Az-Zariyat: 56)

      

LikeTweet